PETALING JAYA: Kejadian longkang runtuh sehingga mengakibatkan lubang besar yang berlaku di Jalan Pantai Permai, Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur semalam bukan berpunca dari paip pembentungan awam. Indah Water Konsortium (IWK) berkata, pasukan operasinya sudah memeriksa lokasi kejadian tersebut sebaik menerima laporan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurutnya, hasil siasatan mendapati aliran air kumbahan di jajaran paip pembentungan lancar seperti biasa. “Pemeriksaan lanjut telah dibuat petang semalam dengan menggunakan kaedah kamera litar tertutup (CCTV) dan hasil siasatan mendapati bahawa paip dan lurang pembentungan awam berada dalam keadaan baik dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya