PASIR GUDANG: Setelah hampir lapan bulan menghilangkan diri tanpa berita, penantian Mohd. Yusof Mokhtar, 35, akhirnya berakhir apabila akan bertemu isterinya, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, walaupun bukan dalam keadaan yang diinginkan. Mohd. Yusof berkata, dia dimaklumkan oleh pihak Hospital Melaka bahawa dia sudah boleh menuntut jenazah isteri yang dibunuh kejam dalam kejadian yang berlaku Disember lalu. Walaupun dengan berat hati, bapa kepada tiga anak itu reda untuk pergi ke hospital…










