SASB: SPNB sangkal dakwaan Che’gu Bard

SASB: SPNB sangkal dakwaan Che’gu Bard

HUSAM Musa menyerahkan replika kunci rumah kepada Suhaini Mohamad Asri di Kampung Gong Datuk, Pasir Puteh, Kelantan, semalam. – UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menyangkal tuduhan aktivis Perikatan Nasional (PN), Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard yang mendakwa agensi itu menindas anak syarikatnya sendiri bagi mengelak pembayaran kepada syarikat kontraktor bumiputera.

Pengerusinya, Datuk Husam Musa berkata, tuduhan yang me­libatkan penutupan anak syarikat SPNB iaitu SPNB Aspirasi Sdn. Bhd. (SASB) dijadikan sebagai modal kempen politik di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Unda­ngan Negeri (DUN) Nenggiri.

Menurutnya, ia bertujuan memburukkan pengurusan sya­rikat kerajaan yang sekali gus mempengaruhi rakyat untuk membenci kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

“SPNB sudah membuat tindakan susulan pembetulkan fakta sebenar daripada tuduhan yang dilemparkan.

“Saya sendiri akan menyatakan perkara yang sebenarnya bersama fakta kepada rakyat Nenggiri malam ini,” katanya kepada pemberita selepas me­ngulas dakwaan Che’gu Bard semasa berceramah di PRK Nenggiri baru-baru ini.

Terdahulu, beliau menyerahkan kunci rumah kepada balu bekas pemain bola sepak Harimau Malaya, Suhaini Muhamad Asri, 37, di Kampung Gong Datuk, di sini semalam.

Husam mendedahkan, sembilan perkara berkait kes SASB dan syarikat kontraktor terbabit sudah berada dalam proses mahkamah.

Katanya, bagaimanapun per­kara itu tidak disebutkan oleh Che’gu Bard dengan tujuan mengaburi kepercayaan rakyat.

“SPNB telah menjalankan siasatan forensik cadangan pembangunan dan perjanjian di antara syarikat tersebut dengan SASB.

“Hasil kajian itu, SPNB telah memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan bersama sembilan difenden yang lain pada tahun lalu juga tidak di­nyatakan dalam ceramahnya,” kata beliau.

Husam berkata, SPNB akan terus dengan tindakan terbaik untuk menyelamatkan dana awam mengikut kapasiti yang ada tanpa perlu dibimbangi rakyat yang sepatutnya tidak mudah terpengaruh dengan kempen politik tanpa fakta yang betul. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×