Saifuddin hormati kritikan polis siasat wartawan

Saifuddin hormati kritikan polis siasat wartawan

Saifuddin Nasution selepas merasmikan Program Sua Mesra bersama KDN di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghormati pandangan atau kritikan yang diberikan pelbagai pihak terhadap siasatan polis melibatkan pengamal media sebuah portal tempatan.

Menurut beliau, tiada ulasan lanjut yang mahu dibuat memandangkan siasatan mengenai kes itu sedang dijalankan ketika ini.

“Saya menghormati pandangan mereka, jadi saya tak mahu komen lebih perkara itu, lagi pun saya sudah menjawab mengenainya semalam,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai di sini.

Sementara itu di Kuala Lumpur, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan polis memanggil dan menyiasat wartawan berkaitan sumber maklumat diperoleh untuk menghasilkan berita bukan dianggap suatu perkara yang bertentangan undang-undang.

Menurutnya, siasatan itu adalah sebahagian daripada tugas yang dilakukan polis, sekali gus menyarankan mana-mana pihak termasuk wartawan perlu memberikan kerjasama ketika ia dilakukan.

“Awak berpendirian dengan sumber awak. Kalau ditanya, jawab. Tidak jadi isu,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024 peringkat Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di sini, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN