KULIM: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghormati pandangan atau kritikan yang diberikan pelbagai pihak terhadap siasatan polis melibatkan pengamal media sebuah portal tempatan. Menurut beliau, tiada ulasan lanjut yang mahu dibuat memandangkan siasatan mengenai kes itu sedang dijalankan ketika ini. “Saya menghormati pandangan mereka, jadi saya tak mahu komen lebih perkara itu, lagi pun saya sudah menjawab mengenainya semalam,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Sua Mesra bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, Kampung Guar Lobak, Padang Serai di sini. Sementara itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya