Remaja 17 tahun didakwa bunuh tiga kanak-kanak

Remaja 17 tahun didakwa bunuh tiga kanak-kanak

ORANG ramai meletakkan bunga di luar Pusat Seni Atkinson Southport di Southport, England, sebagai penghormatan kepada tiga kanak-kanak dibunuh dalam serangan pada Isnin.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOUTHPORT: Seorang remaja berusia 17 tahun dari Banks didakwa atas pertuduhan membunuh tiga kanak-kanak perempuan semasa menghadiri acara tarian bertemakan penyanyi popular, Taylor Swift di Southport, Merseyside, barat laut England, Isnin lalu.

Tertuduh yang tidak dinamakan kerana masih di bawah umur, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Liverpool di Derby Square, hari ini.

Dalam pertuduhan itu, remaja berkenaan dituduh membunuh Bebe King, 6, Elsie Dot Stancombe, 7, dan Alice Dasilva Aguiar, 9.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia turut berdepan 10 dakwaan cubaan membunuh dan memiliki senjata tajam.

Timbalan Pendakwa Raya di Mersey-Cheshire, Ursula Doyle, berkata, tertuduh juga berhak mendapatkan perbicaraan adil.

“Penting untuk semua pihak faham bahawa sebarang laporan, berita, komen atau maklumat atas talian boleh menjejaskan prosiding,” ujar beliau.

Ketua Polis Merseyside, Konstabel Serena Kennedy berkata, walaupun suspek akan dihadapkan ke mahkamah, pihaknya masih meneruskan siasatan bersama polis Lancashire dan Polis Anti-Keganasan Barat Laut (CTPNW).

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pasukan yang telah menawarkan dan memberikan sokongan kepada polis Merseyside selama beberapa hari lalu,” katanya.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN