Rangka manusia usia 16,000 tahun antara 70,000 artifak diselamatkan

Rangka manusia usia 16,000 tahun antara 70,000 artifak diselamatkan

ZAHARUDIN Abu (kanan) bersama Felo Kanan, Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM, Prof. Madya Dr. Zuliskandar Ramli (kiri) menunjukkan artifak ditemui di Lembah Nenggiri pada pameran Jabatan Warisan Negara di Pos Tohoi, Gua Musang.– UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Warisan Negara bersama pasukan ekskavasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berjaya mengeluarkan 71,289 objek termasuk tulang, rangka manusia dan alat batu dari kawasan Lembah Nenggiri yang menjadi tapak pembinaan Projek Hidroelektrik Nenggiri.

Pengarah Bahagian Arkeologi Jabatan Warisan Negara, Zaharudin Abu berkata, penemuan itu adalah hasil kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi menyelamat terhadap 13 gua batu kapur yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan itu.

Katanya, kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi itu bermula pada Mac 2022 dan berak­hir Oktober 2023.

“Berdasarkan laporan ter­akhir, setakat ini sebanyak 71, 289 jumpaan yang sudah dibawa keluar termasuk rangka, tulang, alat batu, tembikar dan sebagainya.

“Daripada jumlah tersebut 16 rangka sudah berada di Jabatan Warisan Negara untuk kerja pemuliharaan, konservasi dan penyelidikan lanjutan. Manakala yang selebihnya ada disimpan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB),” katanya pada pameran Jabatan Warisan Negara di Pos Tohoi di sini semalam.

Zaharudin berkata, pi­haknya bersama UKM berusaha membawa keluar sebanyak mungkin artifak atau jumpaan di tapak Lembah Nenggiri yang setiap satu mempunyai nilai tinggi.

“Paling berharga ialah satu rangka yang lengkap dijumpai di gua Keledung Kecil berusia antara 14,000 hingga 16,000 tahun.
Zaharudin berkata, penemuan terbabit secara tidak langsung membuka peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

“Kami akan minta kepada UKM mencalonkan objek rangka manusia Gua Keledung Kecil itu yang berusia 14,000 hingga 16,000 tahun untuk kita wartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

“Ini cara untuk kita memelihara objek itu, jadi bila kita wartakan, objek tu akan dipelihara dengan baik. Saya menyeru kepada semua jika ada jumpaan signifikan warisan terus melaporkan kepada pejabat daerah, pegawai daerah atau pun pesuruhjaya secara langsung,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN