GAZA: Kebanyakan orang awam di Gaza sudah mula mengabaikan perintah berpindah susulan terlalu banyak arahan pemindahan yang dikeluarkan tentera Israel dalam tempoh 10 bulan perang. Rata-rata penduduk di wilayah itu semakin berputus asa untuk mencari kawasan selamat atau zon kemanusiaan baharu yang semakin mengecil. Sepanjang tiga minggu pertama bulan ini, tentera Israel mengeluarkan 11 arahan pemindahan melalui risalah yang dijatuhkan dari pesawat, mesej teks atau melalui media sosial. Arahan itu…