Raja Charles dikritik membisu dalam rusuhan di England

Raja Charles dikritik membisu dalam rusuhan di England

RAJA CHARLES III
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemerintah monarki Britain, Raja Charles III berdepan kritikan kerana terus membisu berhubung rusuhan keganasan anti-Islam yang berlaku sejak awal minggu lalu di England dan Ireland Utara.

Walaupun baginda dan isterinya, Permaisuri Camilla, telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga tiga kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan pisau pada 29 Julai lalu, Istana Buckingham tidak memberikan komen mengenai rusuhan yang berlaku selepas itu.

Pakar sejarah dan pengulas hal ehwal diraja, Ed Owens berkata, beliau terkejut kerana Putera Charles yang juga ketua negara gagal bertindak tegas ketika United Kingdom (UK) kini berdepan konflik berbahaya yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Owens berpendapat, Putera Charles, yang secara perlahan-lahan kembali menjalankan tugas awam selepas dilapor menghidap kanser awal tahun ini, mungkin tidak bertindak balas secara terbuka kerana dua sebab utama.

“Baginda mungkin dinasihatkan bahawa campur tangan secara langsung pada tahap ini adalah tindakan kurang bijak ataupun beliau merasakan isu itu terlalu sensitif,” ujarnya.

Bagaimanapun, pakar undang-undang perlembagaan, Craig Prescott berkata, selama ini pun monarki tidak memberikan reaksi kepada perkembangan politik semasa.

“Sekiranya rusuhan reda nanti, kita mungkin boleh melihat ahli keluarga diraja melawat kawasan yang terjejas.

“Kerabat diraja juga selepas ini dijangka muncul dalam acara-acara melibatkan pelbagai kaum,” katanya dalam satu hantaran di laman X yang dipetik oleh Arab News.

Tindakan Raja Charles itu sama seperti ibunya, mendiang Ratu Elizabeth II yang memilih untuk berdiam semasa gelombang rusuhan di England pada 2011. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN