Pusat pemulihan perlu mesra penghuni

Pusat pemulihan perlu mesra penghuni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Kementerian Dalam Ne­geri (KDN) diminta segera menaik taraf 30 Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) supaya lebih mesra penghuni, tidak lagi seperti penjara sejajar kelulusan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Presiden Majlis Lembaga Pe­lawat Agensi Anti Dadah Malaysia (MALPAM), Datuk Abdullah Abu Bakar berkata, akta ber­kenaan yang diluluskan Parlimen pada 16 Julai lalu menjadi indikator kepada peningkatan perkhidmatan dan hala tuju le­bih mampan Puspen.

Katanya, kemudahan di Puspen secara ‘orde lama’ sekarang perlu ditingkatkan bagi mengubah pandangan masyarakat terhadap Puspen sebagai pusat rawatan mesra klien atau pelatih berkaitan dadah.

“Puspen menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang disahkan sebagai penagih oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar, memerlukan perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) yang lebih baik.

“Kelulusan akta itu perlu di­susuli dengan kewujudan jawatan pegawai perubatan di setiap Puspen dan makmal ujian urin bagi kemudahan proses rawatan klien yang lebih efisien.

“Ini kerana belum ada pegawai perubatan berdaftar de­ngan AADK di 30 Puspen di mana agensi itu bergantung kepada hospital kerajaan bagi mendapatkan analisis rawatan pemulihan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia mengulas impak kelulusan RUU Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 ketika di Puspen, Sungai Ruan di sini, semalam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN