PRK Nenggiri: Polis buka satu kertas siasatan

PRK Nenggiri: Polis buka satu kertas siasatan

MUHAMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis sudah membuka satu kertas siasatan berkait kenyataan sensitif yang dikeluarkan oleh seorang ahli politik semasa berceramah di Unit Daerah Mengundi (UDM) Bertam Baru sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Sabtu lalu.

Ketua Polis negeri Muhamad Zaki Harun berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima laporan dari ahli jawatankuasa Bahagian Gua Musang.

“Kita buka siasatan atas tiga seksyen iaitu Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Kok Lanas di sini, hari ini.

Sebelum ini telah tular satu kenyataan seorang ahli politik berhubung isu sebahagian besar permohonan pemilikan tanah yang sudah diluluskan oleh kerajaan negeri, tidak diselesaikan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar).

Dalam perkembangan sama, Muhamad Zaki memberitahu, setakat ini perjalanan kempen berjalan lancar tanpa sebarang provokasi.

Katanya, Polis Kelantan menempatkan anggota dan pegawai yang cukup sepanjang proses PRK bagi memastikan suasana penuh harmoni.

“Saya juga menasihatkan kepada semua pihak agar tidak membuat sebarang provokasi yang boleh menimbulkan ketidak tenteraman kepada orang awam sepanjang tempoh berkempen,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN