PRK Nenggiri: KHIDMAT taruhan PN pikat pengundi 

PRK Nenggiri: KHIDMAT taruhan PN pikat pengundi 

MOHD. Nasuruddin Daud (tengah) bersama Mohd. Rizwadi Ismail (tiga kiri) semasa merasmikan tawaran PN kepada rakyat sempena PRK Nenggiri di Markas Pas Renok Baru, Gua Musang, Kelantan-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Perikatan Nasional (PN) mempertaruhkan KHIDMAT sebagai tawaran kepada rakyat Nenggiri sekiranya calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Mohd. Rizwadi Ismail yang mewakili gabungan itu menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini.

KHIDMAT itu meliputi tawaran Khidmat masyarakat, Hak rakyat, Integriti dan amanah, Daya ekonomi dan infrastruktur, Masyarakat berilmu, bernilai murni dan sejahtera, Anak muda berpendidikan dan berkemahiran serta Transformasi digital luar bandar.

Mohd. Rizwadi berkata, sebanyak tujuh teras yang telah digariskan iaitu melibatkan Orang Asli, peneroka, kampung tradisi, anak muda, wanita, warga emas dan usahawan serta tawaran  untuk semua warga Nenggiri.

“Pada masa sama, saya akan berusaha menjadikan Nenggiri sebagai kawasan eco-pelancongan dan aktiviti sukan lasak dengan memanfaatkan Empangan Nenggiri yang boleh dimajukan sebagai pusat rekreasi air.

“Bertam pula akan dijadikan sebagai tempat tarikan ikan sungai. Tawaran untuk semua warga Nenggiri menjadi elemen terbesar apabila 12 perkara telah digariskan. Antara yang menarik ialah tuisyen percuma bagi dari keluarga yang berpendapatan rendah,” katanya selepas berucap pada Majlis Pelancaran Tawaran PN Untuk PRK Nenggiri di Markas Pas Renok Baru, di sini sebentar tadi.

Pelancaran itu sempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelatan Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dan barisan kepimpinan PN.

Mohd. Rizwadi memberitahu, beliau akan membentangkan prestasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggri kepada rakyat melalui pelbagai saluran termasuk media sosial.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×