PRK Nenggiri: Dakwaan guna kenderaan JAKOA untuk kempen BN disiasat

PRK Nenggiri: Dakwaan guna kenderaan JAKOA untuk kempen BN disiasat

AHMAD Zahid Hamidi semasa berucap pada Majlis Temu Mata bersama Warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Masyarakat Renok di Dewan Gerakan Desa Wawasan Kampung Renok Baru, Gua Musang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Kerajaan akan menyiasat dakwaan kenderaan milik Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) digunakan untuk kempen Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak yang membuat dakwaan itu disaran mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan tindakan diambil.

“Jangan hanya tuduh kita (BN) sahaja yang menggunakan jentera kerajaan.

“Tapi…bagaimana pula dengan Kerajaan Negeri Kelantan, saya pasti ada,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas dakwaan Pengarah Operasi Pilihan Raya Pas Nenggiri Tan Sri Annuar Musa yang memuat naik gambar kenderaan kerajaan digunakan untuk kempen PRK Nenggiri.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Kemajuan, Desa dan Wilayah hadir ke Majlis Temu Mata bersama Warga Peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Masyarakat Renok di Dewan Gerakan Desa Wawasan Kampung Renok Baru di sini hari ini.

Kelmarin, Annuar memuat naik satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya mendakwa kenderaan kerajaan diguna untuk aktiviti parti.

Tulis Annuar tindakan itu menyalahi peraturan

“Mereka cuba tutup logo JAKOA. Itu jelas percubaan dan sengaja melanggari peraturan.

“Tindakan sedang di ambil,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN