KLUANG: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan diumumkan seminggu lebih awal sebelum hari penamaan calon. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, langkah itu bagi membolehkan calon PN turun padang lebih awal bagi menyantuni seberapa ramai pengundi di DUN Mahkota. “Setakat ini ada tiga nama yang sudah dihantar kepada Pengerusi PN, Tan…