ARAU: Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bukan petanda kebangkitan parti berkenaan, sebaliknya isyarat kepada Perikatan Nasional (PN) agar tidak terlalu selesa beranggapan pengundi Melayu sentiasa bersama gabungan itu. Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, kekalahan tersebut perlu dijadikan pengajaran dan aktiviti di kawasan-kawasan perlu dilaksanakan secara lebih aktif meskipun jika kerusi terbabit tidak dikuasai Pas. Katanya, Pas perlu sentiasa aktif melakukan aktiviti…










