Perahu karam, tiga pelajar hilang

Perahu karam, tiga pelajar hilang

PASUKAN bomba melancarkan gerakan mencari dan menyelamat tiga pelajar yang hilang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUNDU: Tiga pelajar dilaporkan masih hilang dalam kejadian perahu tambang karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit di sini.

Pelajar yang hilang ialah Alsma Jithil, 14; Helena Fasha Petrus, 17, dan Vilkie Wilson, 15.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, dalam kejadian pukul 6.10 pagi semalam, sebuah perahu tambang membawa antara 10 hingga 20 pelajar karam, menyebabkan tjga pelajar dikhuatiri hanyut dibawa arus sungai dan sehingga berita ini ditulis masih belum dijumpai.

“Pencarian awal dilakukan penduduk kampung menggunakan bot-bot mereka sendiri dan pada pukul 7. 28 pagi seorang mangsa lelaki berjaya dijumpai oleh penduduk kampung dalam keadaan selamat.

“Pada pukul 7:37 pagi pihak bomba menerima maklumat terkini terdapat 12 pelajar telah berjaya menyelamat diri dan dalam keadaan selamat, manakala tiga mangsa masih belum dijumpai,” katanya.

Sehingga pukul 8. 05 pagi mangsa yang selamat adalah 12 orang dan mangsa yang belum dijumpai adalah tiga orang, iaitu seorang pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan.

“Kerja-kerja pencarian dan menyelamat masih dilakukan oleh penduduk kampung.

“Pasukan bomba bersama sebuah bot aluminium bergerak ke lokasi kejadian untuk membantu gerakan mencari dan menyelamat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN