PUTRAJAYA: Seorang bekas pekerja industri makanan dan minuman terlepas hukuman mati setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikannya dengan hukuman penjara 32 tahun kerana membunuh adik ipar yang juga kekasihnya di sebuah hotel di Petaling Jaya, 10 tahun lalu. Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian terhadap N. Kumaresan, 36, selepas membenarkan permohonan semakan untuk mengetepikan hukuman mati terhadapnya. Beliau yang bersidang bersama-sama…