SEREMBAN: Seorang pemandu kereta yang sedang berhenti untuk melihat kenderaannya yang terbabas di kiri jalan maut selepas dirempuh sebuah kereta lain yang terbabas dalam kejadian di Kilometer 258.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan dekat di sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa seorang lelaki berusia 31 tahun maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di perut dan kaki. Menurut Mohamad…