JERANTUT: Seorang pekebun durian mampu meraih pendapatan sehingga RM25,000 musim ini hasil jualan ‘raja buah’ Durian Premium Kampung (DPK) Damak King di Kampung Jeneris, Ulu Cheka di sini. Shaharudin Kadir, 64, berkata, dia cuma mempunyai dua pokok Damak King dan selebihnya baka DPK lain yang ditanam di kawasan tanah seluas 1.6 hektar di situ. “Musim ini, dua batang pokok Damak King cuma berbuah dalam anggaran 500 biji seberat kira-kira 1,000…










