Nanthakumar kini ketua jurulatih NSFC - Utusan Malaysia

Nanthakumar kini ketua jurulatih NSFC

K. NANTHAKUMAR kini memikul tugas sebagai ketua jurulatih NSFC susulan penstrukturan semula barisan kejurulatihan pasukan tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Penolong ketua jurulatih pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC (NSFC) iaitu K. Nanthakumar dinaikkan pangkat dan kini memikul jawatan ketua jurulatih NSFC yang sebelum ini diisi oleh Azzmi Ab Aziz.

NSFC menerusi kenyataan malam ini memaklumkan, pertukaran tersebut merupakan sebahagian proses penstrukturan yang melibatkan perubahan barisan kejurulatihan pasukan.

“Selepas pertimbangan yang teliti, pihak pengurusan NSFC bersetuju bahawa penstrukturan semula adalah perlu untuk memastikan kelab kekal berdaya saing di peringkat Liga Super.

“Pihak kelab akui akan cabaran yang bakal dihadapi untuk kelab melakukan perubahan, tetapi masih yakin langkah ini penting untuk kekal kompetitif,” kata kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, menurut NSFC, Nanthakumar juga akan akan dibantu oleh penolong ketua jurulatih yang baharu iaitu Efendi Abdul Malek dan K. Rajan. 

Megat Amir Faisal pula akan kembali menggalas tugas sebagai jurulatih penjaga gol pasukan. Jawatan pengarah teknikal yang sebelum ini disandang oleh Effendi akan diambil alih oleh Azzmi.

“Pihak kelab juga kekal komited terhadap perancangan jangka Panjang yang telah direncanakan pada awal musim meliputi aspek pembangunan, serta objektif yang ingin dicapai pada masa hadapan,” menurut NSFC.

Selepas mengharungi tujuh perlawanan Liga Super, NSFC kini di kedudukan 12 daripada keseluruhan 13 pasukan dengan mengutip hanya tiga mata hasil satu kemenangan dan enam kekalahan.

Ia termasuklah pada perlawanan terakhir ketika pasukan itu tewas kepada PDRM FC, 1-3, di gelanggang sendiri pada Ahad lalu.UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN