PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat tergempar jawatankuasa eksekutif di peringkat menteri luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Jeddah, Arab Saudi, hari ini. Mesyuarat yang diusulkan Palestin dan Iran akan membincangkan jenayah kependudukan Israel berterusan terhadap rakyat Palestin, pencerobohan serta ancaman Israel terhadap kedaulatan Iran, kata kenyataan Kementerian luar semalam. Mesyuarat itu akan dipengerusikan Menteri Luar Gambia sebagai pengerusi Sidang Kemuncak OIC ke-15. Kata…