SEGAMAT: Misteri kehilangan seorang wanita warga emas berstatus kurang upaya (OKU) sejak 7 Ogos lalu terjawab apabila mayatnya ditemukan di rumpun pokok pisang berhampiran rumahnya di Kampung Permatang Panjang, Jementah, dekat sini pagi tadi. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintenden Ng Swie Chait, pihak polis menerima maklumat daripada waris mangsa tentang penemuan mayat berhampiran rumpun pokok pisang pada pukul 10.15 pagi ini. “Mayat mangsa, Zaiton Hamzah yang berusia…










