Mandi peluh demi Jalur Gemilang gergasi

Mandi peluh demi Jalur Gemilang gergasi

KEGEMBIRAAN jelas terpancar diraut wajah warga Hospital Pakar KPJ Perdana, Kota Bharu, Kelantan selepas berjaya menyiapkan dan memasang Jalur Gemilang gergasi sempena sambutan Hari Kemerdekaan negara.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 513 kakitangan Hospital Pakar KPJ Perdana di sini bermandi peluh menjahit dan menyiapkan Jalur Gemilang gergasi untuk menyemarakkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-67.

Pegawai Operasi Hospital Pakar KPJ Perdana, Norzana Abdul Rajak berkata, bendera itu menggunakan kain sepanjang 18 meter dan lebar 7 meter yang dijahit secara manual.

Menurutnya, kerja-kerja menjahit itu turut melibatkan Kelab Rekreasi dan Sukan (KRS), kumpulan doktor pakar dan staf sokongan menyiapkan Jalur Gemilang itu dalam tempoh sebulan.

“Ia merupakan usaha kedua Hospital Pakar KPJ Perdana menghasilkan bendera gergasi selepas kejayaan pertama pada 20 tahun lalu. Pengarah Hospital Pakar KPJ Perdana, Dr. Mohd Nikman Ahmad turut bersama menghasilkan bendera itu.

“Kerja-kerja menjahit bendera itu bermula pada 27 Julai lalu dan ia siap sepenuhnya kelmarin,”katanya ketika ditemui pemberita sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 di Hospital Pakar KPJ Perdana, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norzana memberitahu, kakitangan hospital itu meluangkan masa selama tiga jam pada waktu bekerja setiap hari untuk menghasilkan bendera tersebut.

Katanya, kerja-kerja menjahit turut berlanjutan ke waktu malam ketika proses menjahit Jalur Gemilang itu berada pada peringkat akhir.

“Selain menyambut kemerdekaan, bendera itu turut dihasilkan sempena ulang tahun ke-23 Hospital Pakar KPJ Perdana.

“Jalur Gemilang gergasi itu akan digantung di hospital ini sehingga 13 September depan. Kita juga berterima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat kerana memberi komitmen dalam menghasilkan bendera tersebut,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN