KUANTAN: Majlis istiadat bersanding perkahwinan diraja bagi pasangan pengantin, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar dijalankan dengan penuh adat istiadat Melayu di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini hari ini. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Balai Mahkota bagi menyaksikan istiadat berkenaan. Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Sultanah…