Lepas dua mesin ATM, penduduk harap jalan dibaiki

Lepas dua mesin ATM, penduduk harap jalan dibaiki

PENDUDUK Nenggiri di Gua Musang mahu wakil rakyat baharu membangunkan lebih banyak kemudahan asas terutama jalan rosak segera dibaiki. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri mahu lebih banyak limpahan pembangunan dan kemudahan asas disediakan oleh kerajaan bagi memastikan kawasan itu tidak jauh ketinggalan.

Tinjauan mendapati penduduk menaruh kepercayaan tinggi terhadap wakil rakyat, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie untuk membawa perubahan.

Penduduk Bertam Baru, Mohamed Hassan, 54, berkata, kampung tradisi memerlukan lebih banyak perubahan dan pembangunan supaya dapat bersaing dengan kawasan-kawasan penempatan lain di sini.

Menurut beliau, usaha menaik taraf pelbagai kemudahan asas terutama infrastruktur perhubungan perlu giat dilakukan kerana ia keperluan mendesak.

“Kami berharap wakil rakyat yang dipilih pengundi pada pilihan raya kecil (PRK) lalu dapat membantu kami terutama dari segi kemudahan perhubungan, infrastruktur dan kawasan rekreasi.

“Selaku penduduk, saya ber­terima kasih kepada wakil rakyat baharu kerana telah membantu menyediakan dua kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kampung Bertam Baru dan Kampung Jerek,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Azli Ismail, 49, berkata, dia berharap kemudahan seperti jalan raya yang masih rosak dinaik taraf dengan kadar segera.

“Anak-anak yang bersekolah di bandar Gua Musang masih menaiki kereta api kerana lebih selesa dan dapat memendekkan tempoh perjalanan,” katanya.

Pada PRK Nenggiri lalu, Awie menang dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Riz­wadi Ismail. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×