Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri - Utusan Malaysia

Lelaki minum racun rumpai selepas tikam isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang lelaki bertindak meminum racun rumpai selepas dia melarikan diri setelah menikam isterinya dalam kejadian di Flat Meranti, Bahau, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kira-kira pukul 2.30 petang tadi, kakak suspek memberitahu polis bahawa adiknya yang berusia 32 tahun berada di dalam sebuah kebun durian di Jelebu.

Menurutnya, suspek telah bertindak minum racun rumpai dan suspek telah dibawa ke Hospital Jempol untuk rawatan dan pemerhatian lanjut.

“Pada awalnya, polis telah menerima satu laporan polis kira-kira pukul 9.30 pagi dari seorang lelaki mengenai satu kejadian tikam telah berlaku di rumahnya di Flat Meranti, Bahau. Mangsa berusia 30 tahun adalah kakak kepada pengadu.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi di rumah flat berkenaan. Suspek telah mengambil tindakan menikam mangsa pada bahagian rusuk kiri dengan menggunakan sebilah pisau sebanyak dua kali,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, punca kejadian berlaku selepas kedua-duanya telah berselisih faham. 

Menurutnya, mangsa telah di bawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan kini masih ditahan di wad untuk rawatan lanjut.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang berbahaya,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN