PORT DICKSON: Seorang lelaki dikhuatiri lemas dalam kejadian di pantai dekat Taman Seaview di sini malam semalam. Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan dalam kenyataan memaklumkan, panggilan kecemasan diterima pada pukul 7.50 malam dan jentera bomba tiba di lokasi empat minit kemudian. “Maklumat awal daripada orang awam memaklumkan ternampak tangan melambai sebelum hilang dalam jarak 200 meter dari pantai . “Operasi mencari dan menyelamat dijalankan…










