MUAR: Lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran sehingga menyebabkan pasangan warga emas dan seorang cucu mereka terkorban di Kampung Paya Redan, Pagoh, di sini berjaya diberkas polis awal pagi ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz mengesahkan penahanan suspek yang diburu sejak lima hari lalu. Katanya, suspek berusia 48 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Muar pagi ini untuk permohonan tahanan reman bagi membantu…









