Korban tanah runtuh di Phuket meningkat 10 orang

Korban tanah runtuh di Phuket meningkat 10 orang

PASUKAN penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang akibat tanah runtuh di Karon, Phuket, hari ini.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHUKET: Angka kematian akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan lebat di pulau peranginan popular Thailand, Phuket meningkat kepada 10 orang.

Kerajaan menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, tiga mangsa masih hilang manakala 19 yang lain cedera dalam kejadian semalam.

“Lebih 400 orang daripada 200 isi rumah di tiga daerah terjejas.

“Lebih banyak dana disediakan untuk membantu mangsa dan satu pasukan ditubuhkan bagi mengkaji punca tanah runtuh,” kata kenyataan itu.

Polis mengesahkan pasangan warga Russia, warga Myanmar dan Thailand antara mangsa yang maut.

Pihak berkuasa turut berusaha mengenal pasti identiti mangsa lain.

Rakaman bencana yang dikongsi di media sosial menunjukkan beberapa rumah ranap akibat ditimbus runtuhan tanah bercampur lumpur.

Pasukan penyelamat, anggota tentera dan sukarelawan dikerahkan untuk menghantar bekalan kepada mereka yang terjejas dan membantu usaha pembersihan.

Walaupun Thailand mengalami hujan monsun tahunan, perubahan iklim menyebabkan corak cuaca yang lebih intensif, meningkatkan risiko berlakunya banjir teruk.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN