Keputusan DNA diperoleh, jenazah pasangan warga emas boleh dituntut - Utusan Malaysia

Keputusan DNA diperoleh, jenazah pasangan warga emas boleh dituntut

AHLI keluarga boleh menuntutan jenazah pasangan warga emas yang dibunuh dan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Polis mengesahkan telah menerima hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini 9 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, pihaknya telah menerima laporan itu dari Jabatan Kimia Johor  hari ini yang mengesahkan mangsa ialah Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan isteri, Ara Abdul Hamid, 76.

Ujian DNA dilakukan berikutan pengecaman mayat kedua-dua pasangan warga emas tidak dapat dibuat kerana keadaan mayat rentung 80 peratus.

Justeru, keluarga mangsa kini boleh menuntut jenazah pasangan berkenaan untuk dikebumikan.

Sementara itu, anak kepada pasangan tersebut, Mahat Mohamed Nor ketika dihubungi memaklumkan pihaknya kini dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, di sini bagi mendapatkan keputusan itu dan membuat pengesahan.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Paya Redan pagi esok.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi itu, tiga sekeluarga maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh.

Mangsa ialah Mohamed Nor dan isterinya, Ara serta cucu mereka Noradriana Nor Hasyim, 11, manakala seorang lagi mangsa, Norazmina Mohd Radhi, 14, selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×