KUALA LUMPUR : Kes kecurian kenderaan dikesan sering berlaku disebabkan beberapa faktor termasuk kecuaian pemilik meletakkan kenderaan di kawasan terpencil atau gelap selain kerap meninggalkan barangan berharga. Hasil kajian Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati kes kecurian kenderaan juga boleh berlaku disebabkan pemilik kenderaan yang tidak mengunci kenderaan mereka. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohammad Lazim Ismail berkata, berdasarkan statistik, kes jenayah harta benda di kawasanya merekodkan peningkatan sebanyak…










