KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berkembang 5.9 peratus pada suku kedua 2024, melepasi unjuran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada 5.8 peratus, meningkat 1.7 peratus berbanding suku pertama tahun ini. Pertumbuhan tertinggi sejak suku keempat 2022 itu menunjukkan ekonomi negara berada pada landasan tepat dengan dasar-dasar kerajaan mendorong kepada kerancakan ekonomi. Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua itu disokong terutamanya…










