Kaligrafi khat guna laser jimat masa, tingkat hasil

Kaligrafi khat guna laser jimat masa, tingkat hasil

PEKERJA Family Trading Framing, Woodlock & Laser Craft, Firdaus Rohami menunjukkan produk seni khat kreatif yang dihasilkan menggunakan teknologi laser. – UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ukiran kayu kaligrafi khat lazimnya memerlukan ketelitian pengukir bagi memastikan karya yang dihasilkan benar-benar halus.

Namun, dengan teknologi laser yang digunakan, satu-satu ukiran kayu kaligrafi menjadi mudah dan menjimatkan masa serta meningkatkan pengeluaran.

Perkara itu diakui oleh Pengurus Family Trading Framing, Woodlock & Laser Craft, Mohammad Bulat, 63, yang memberitahu penggunaan teknologi itu telah membantu mengembangkan perniagaan syarikat yang telah diusahakannya sejak 30 tahun lalu.

“Sebelum memulakan perniagaan ukiran kayu kaligrafi khat ini, kami telah mengusahakan pelbagai jenis perniagaan lain seperti menjual jamu dan buku agama.

“Bermula perniagaan membuat jam dinding menggunakan kayu palet pada pertengahan 90-an, ia telah menjadi titik permulaan perniagaan menggunakan teknologi laser, selepas mendapati produksi semakin rumit dan perlahan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Jelasnya lagi, pada peringkat awal perniagaan membuat jam dinding beserta pembuatan nombor, penghasilannya adalah secara manual.

“Apabila kami mengambil pendekatan menggunakan teknologi laser dalam membuat ukiran nombor di situlah bermula kami mengusahakan pula perniagaan membuat bingkai gambar dan tulisan ayat-ayat al-Quran yang dipindahkan ke atas kayu.

“Syarikat menggunakan konsep potongan iaitu kayu dipotong menggunakan laser untuk menghasilkan tulisan atau bentuk kelihatan timbul,” katanya yang memberitahu perniagaannya itu beroperasi di Batu 1 Jalan Pantai, Port Dickson.

Tambah Mohammad, penggunaan teknologi laser lebih mudah untuk dikendalikan dan hanya mengambil masa kira-kira satu jam.

“Kalau kaedah konvensional atau mengukir secara manual oleh pengukir ia mungkin mengambil masa lebih lama bagi menghasilkan rekaan rumit,” katanya yang turut menawarkan pembuatan bingkai gambar, cenderahati dan bingkai khat al-Quran dan teks serta seni ukiran khat kaligrafi.

Katanya, kesemua proses pembuatan khat dilakukan hasil nukilan seni khat daripada bekas pelajar tahfiz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×