TELUK INTAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Ayer Hitam, Langkap dekat sini tidak mahu ketinggalan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menghasilkan kain putih sepanjang 60 meter yang dicap dengan tapak tangan murid, guru serta kakitangan sekolah. Guru Besar SK Kampung Ayer Hitam, Rosnah Mat Zain berkata, mereka bersama-sama menghasilkan kain dengan cap tapak tangan berwarna merah dengan kos RM250. “Biasanya setiap kali sambutan Hari Kebangsaan, Jalur Gemilang menjadi pilihan untuk memeriahkan suasana termasuk dipasang di sekitar kawasan sekolah. “Kami memang ada mengibarkan Jalur Gemilang di kawasan sekolah, namun untuk kelainan, kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya