PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan sindiket ejen haram yang menawarkan perkhidmatan imigresen dengan mensasarkan warga China dalam satu operasi khas di tujuh lokasi berbeza di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, Khamis lalu. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, operasi tersebut dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Ibu Pejabat Imigresen membabitkan lokasi di Cheras, Mid Valley City, Desa Pandan, Taman Midah,…