GUA MUSANG: Jalan perhubungan dari simpang Ladang Serasa ke Kampung Lulut, Mukim Kuala Sungai di sini yang menelan kos RM40 juta dijangka siap pada bulan Januari tahun depan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek pembinaan jalan sepanjang 14 kilometer itu dimulakan pada 4 Januari lalu. Katanya, kemajuan pembinaan projek itu ketika ini dalam peringkat kerja awalan seperti pemeriksaan tapak bagi mengenal pasti utiliti dan kabel sepanjang…










