GUA MUSANG: Jalan baharu sejauh 700 meter yang menghubungkan Jambatan Bertam ke Jalan D235 di sini yang menelan kos sebanyak lebih RM9 juta dijangka siap pada Mac tahun depan. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kemajuan projek berkenaan ketika ini hampir 60 peratus dan mampu disiapkan dalam tempoh tujuh bulan. Menurutnya, jalan terbabit yang mula dibina pada 28 Mac 2022 itu akan memberi manfaat kepada 5,000 penduduk…










