Isytihar pendapatan bersih wakil rakyat

Isytihar pendapatan bersih wakil rakyat

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Parlimen perlu mewujudkan satu deklarasi yang mewajibkan setiap ahli politik mengisytiharkan pendapatan bersih mereka merangkumi gaji asas dan semua elaun yang diterima.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ini supaya masyarakat dapat melihat sendiri pendapatan setiap pemimpin dengan cara yang lebih telus seperti yang diamalkan di beberapa negara seperti Indonesia dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, pada masa ini, ahli politik hanya mendedahkan gaji asas yang dilihat tidak ikhlas dan seolah-olah cuba menyembunyikan jumlah pendapatan sebenar.

DIDEDAHKAN

“Kalau lihat gaji Menteri Besar, elaun mereka tiga kali ganda lebih tinggi daripada gaji pokok dan boleh mence­cah RM50,000 ke RM80,000. Belum masuk lagi pemimpin-pemimpin ini ada elaun pinggan mangkuk, elaun renovasi dan dan banyak lagi. Semua perlu didedahkan.

“Ramai yang tahu gaji asas mungkin RM19,000, tetapi orang awam tidak tahu insentif dan ganjaran yang diterima mampu mencecah RM100,000. Sebab itu saya katakan Malaysia perlu ada sistem yang lebih telus.

“Kita perlu berlaku adil, jangan tengok gaji pokok sahaja sebagai perbandingan. Ini tidak adil dan tidak jujur secara intelektual,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Sebelum ini, Syed Saddiq mendedahkan gaji bulanannya ialah RM55,000 tidak terma­suk elaun-elaun lain. Sebagai menteri, beliau juga mendapat dana percutian kira-kira RM80,000 setiap tahun.

Beliau juga layak terima elaun pinggan mangkuk seba­nyak RM50,000, selain berhak mendapat subsidi sebidang tanah di Putrajaya.

GANJARAN

Syed Saddiq juga berhak mendapat dua permit import (AP) kereta mewah dan ketika beliau diberhentikan selepas 22 bulan berkhidmat, beliau mendapat ganjaran sebanyak RM180,000.

Menurut Akta Ahli Parlimen (Pembayaran Gaji) 1980 pula, gaji bulanan seorang ahli Parlimen termasuk elaun mereka, boleh mencapai purata RM25,700.

Syed Saddiq berkata, per­kara itu perlu didedahkan bukan sahaja membabitkan pe­mimpin di peringkat Persekutuan, malah juga di peringkat negeri.

“Terdapat ramai ahli Parlimen yang memegang jawatan dalam badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang gajinya amat berlipat kali ganda tetapi masyarakat tidak mengeta­huinya.

“Ini harus didedahkan dan pada masa depan, dimansuhkan bagi mengurangkan bebanan kewangan negara,” ujar­nya lagi.

Katanya, jika kerajaan bersetuju supaya penjawat awam baru kerajaan selepas ini adalah tidak berpencen, ahli politik juga wajar mengikut langkah yang sama.

“Perkara itu pernah saya bawa ke Dewan Rakyat menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian, namun ditolak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN