Integriti: Kastam buat pemeriksaan mengejut

Integriti: Kastam buat pemeriksaan mengejut

ANIS RIZANA MOHD. ZAINUDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan membuat pemeriksaan mengejut ke atas pegawai dan anggotanya bagi memastikan penyampaian perkhidmatan sentiasa pada tahap optimum dan mengelak amalan kerja negatif.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudi berkata, pendekatan itu diambil bagi menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dan tatakelola menerusi pemeriksaan secara mengejut di seluruh negara dari semasa ke semasa.

Kata beliau, ia susulan penahanan anggota kastam di Pelabuhan Klang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini yang sedikit sebanyak mencalarkan imej pasukan berhubung isu integriti.

“Jadi, kita mengambil pendekatan untuk turun padang dan menjalankan pemeriksaan secara mengejut dan menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan dan tatakelola

“Ia juga selaras arahan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui surat bertarikh 18 April lalu berhubung peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan yang berintegriti,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anis Rizana berkata, menerusi pendekatan itu beliau dapat melihat sendiri masalah yang dihadapi anak buahnya di lapangan.

“Kita juga dapat menambah baik cara bekerja dari aspek peng­operasian serta kebajikan anggota kastam.

“Pendekatan lain adalah anggota terbabit dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ditukarkan ke penempatan berisiko rendah bagi memastikan urusan siasatan berjalan lancar,” jelasnya.

Sebelum ini, 17 individu termasuk 11 pegawai JKDM ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes penyeludupan barangan import dan elak cukai atau ‘kontena terbang’ di Pelabuhan Klang membabitkan ketirisan berjumlah RM3.5 bilion sejak 10 tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×