India adakan pilihan raya di Kashmir mulai September

India adakan pilihan raya di Kashmir mulai September

KIRA-kira sembilan juta orang layak mengundi di Jammu dan Kashmir dalam pilihan raya negeri yang bermula lalu.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Buat pertama kali dalam sedekad, Kashmir yang majoriti penduduknya beragama Islam di India, akan mengadakan pilihan raya peringkat negeri mulai bulan depan.

Perkara itu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya India semalam, lima tahun selepas kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Narendra Modi memansuhkan status autonomi yang diberikan kepada wilayah majoriti Muslim itu.

Sejak perubahan tersebut, wilayah itu kekal tegang dan diperintah oleh seorang pentadbir yang dilantik oleh New Delhi serta diuruskan birokrat tanpa kelayakan demokrasi.

Pengundian bagi 90 kerusi dewan undangan negeri itu akan diadakan dalam tiga fasa iaitu pada 18 September, 25 September dan 1 Oktober ini.

Pengundian berperingkat akan memilih sebuah kerajaan negeri, seorang ketua menteri yang akan berfungsi sebagai pegawai tertinggi wilayah itu bersama dewan menteri, daripada parti pro-India yang menyertai pilihan raya.

Berbeza dengan masa lalu, dewan negeri hanya akan mempunyai kuasa perundangan terhad dengan hanya kawalan nominal ke atas pendidikan dan budaya.

Perundangan untuk wilayah tersebut akan terus dikendalikan oleh Parlimen India, manakala keputusan dasar akan dibuat di ibu negara.

Kira-kira 8.8 juta orang layak mengundi di Jammu dan Kashmir, dengan pengiraan undi akan berlangsung pada 4 Oktober.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×