BENTONG: Sejak dibuka pada 1958, Felda Lurah Bilut di sini yang merupakan tanah rancangan pertama negara masih belum mempunyai rumah generasi baharu kerana projek perumahan yang dimulakan pada 2015 terbengkalai sehingga kini. Difahamkan, tanah rancangan berkenaan sudah pun melahirkan lima generasi membabitkan kira-kira 5,000 orang dan terpaksa menumpang di kediaman ibu bapa masing-masing kerana ketiadaan rumah. Ketua Kampung Felda Lurah Bilut, Md. Zulkifkli Md. Yunus berkata, pembinaan rumah generasi baharu…










