GAZA: Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan menerima 1.26 juta dos vaksin polio OPV2 bersama 500 peti penyejuk vaksin, semalam. Kementerian berkata, persediaan sedang dijalankan untuk melancarkan kempen vaksinasi ini dengan kerjasama rakan kongsi. Pada 16 Ogos, kementerian mengumumkan kes pertama polio di Gaza dalam tempoh 25 tahun di bandar Deir al-Balah. Kes melibatkan seorang bayi berusia 10 bulan yang belum menerima sebarang dos vaksin polio. Penyakit tersebut menyerang kanak-kanak bawah lima…