MANILA: Filipina akan memfailkan bantahan diplomatik kepada China berhubung insiden terbaharu melibatkan pesawat Tentera Udara di ruang udara beting Laut China Selatan. Ketua tentera, Romeo Brawner berkata, negara itu akan meneruskan rondaan maritim di Laut China Selatan walaupun terdapat tindakan ‘berbahaya dan provokatif’ daripada Tentera Udara China, minggu lalu. Tentera Filipina mengadu mengenai tindakan berbahaya oleh dua pesawat China yang menjatuhkan suar di laluan pesawat Tentera Udara Filipina yang sedang…