KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan sehingga melepaskan tembakan di sebuah pusat hiburan di Pudu dekat sini awal pagi semalam. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, pihaknya menerima laporan pada 3.45 pagi semalam berkaitan satu pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki yang berlaku di pusat hiburan terbabit. Katanya, hasil siasatan awal mendapati pihak polis turut menemukan tiga butir kelongsong peluru dan dua peluru hidup di…










