PEKAN: Dua beradik maut setelah kediaman mereka dilanggar sebuah lori dalam kejadian kemalangan di Kilometer 5 Jalan Pekan/Nenasi/Rompin, Kampung Ketapang Hilir di sini awal pagi hari ini. Mangsa, Nurnazatul Fasiha Nasruddin, 33, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala adiknya, Mohd. Waldon Faris, 25, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Pekan. Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian dianggarkan berlaku pada pukul 4.15 pagi. Katanya, siasatan awal…