JAKARTA: Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) menangguhkan rancangan untuk mengubah satu peruntukan undang-undang Pilihan Raya Daerah (Pilkada) susulan tunjuk perasaan oleh beribu-ribu penduduk di negara ini, semalam. Timbalan Speaker DPR, Sufmi Dasco Ahmad berkata, pindaan terhadap peraturan Pilkada itu tidak akan dibuat sewaktu penggal kerajaan semasa berjalan. Katanya, perbincangan sebaliknya akan diteruskan dalam tempoh persidangan DPR akan datang, bermakna ia tidak akan terpakai pada pilihan raya tahun ini atau di…