Doktor kembali bertugas, mogok di India beransur reda

Doktor kembali bertugas, mogok di India beransur reda

DOKTOR dan pelajar perubatan memegang sepanduk ketika menyertai protes bagi menuntut keadilan terhadap pembunuhan seorang doktor pelatih di negeri Bengal, pada 21 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Demonstrasi besar-besaran melibatkan ribuan doktor di India beransur-ansur reda, selepas mahkamah memberi jaminan untuk campur tangan dalam kes pembunuhan doktor pelatih di Kolkata.

Sejak Khamis lalu, hospital di India kembali beroperasi seperti biasa selepas kebanyakan doktor yang melancarkan mogok selama 11 hari mula bertugas.

Persatuan Doktor Residen (RDA) di Institut Sains Perubatan India (AIIMS) New Delhi berkata, kakitangan perubatan menyambung semula tugas berikutan rayuan dan jaminan campur tangan Mahkamah Agung dalam insiden di Kolej Perubatan dan Hospital RG Kar.

“Kami memuji tindakan mahkamah dan menggesa agar mematuhi arahannya. Penjagaan pesakit tetap menjadi keutamaan kami,” katanya dalam catatan di X.

RDA di Hospital Indira Gandhi di New Delhi juga bersedia untuk menamatkan mogok demi kepentingan sistem kesihatan negara dan perkhidmatan awam.

Bagaimanapun, demonstrasi bagi menuntut keadilan terhadap kematian doktor pelatih yang dirogol dan dibunuh kejam di bandar Kolkata masih diteruskan.

Mahkamah Agung dalam perbicaraan pada Khamis menggesa doktor untuk kembali bertugas dan menegaskan tiada tindakan paksaan diambil terhadap penunjuk perasaan yang terlibat protes aman.

Mahkamah juga memerintahkan pihak berkuasa tempatan dan negara untuk melaksanakan langkah keselamatan dalam tempoh dua minggu.

Kes kematian seorang doktor pelatih yang dirogol dan dibunuh kejam bulan ini, mencetuskan kemarahan seluruh masyarakat di India.

Ketua Hakim Negara, Dhananjaya Yeshwant Chandrachud berkata, mahkamah bersetuju menubuhkan pasukan petugas kebangsaan yang terdiri daripada doktor minggu ini, bagi mengemukakan cadangan mengenai keselamatan pekerja kesihatan.

“Melindungi keselamatan doktor dan doktor wanita adalah soal kepentingan negara serta prinsip kesaksamaan.

“Negara tidak boleh menunggu untuk satu lagi kes rogol untuk mengambil beberapa langkah pencegahan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN