NEW DELHI: Hospital dan klinik di seluruh India menolak pesakit bukan kecemasan semalam, berikutan pakar perubatan memulakan penutupan 24 jam sebagai protes terhadap kejadian rogol dan pembunuhan seorang doktor di bandar timur Kolkata. Lebih sejuta doktor menyertai mogok itu, menyebabkan perkhidmatan perubatan di negara paling padat penduduk di dunia terhenti. Persatuan Perubatan India (IMA) berkata, mogok yang bermula pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) menghentikan prosedur perubatan elektif dan konsultasi…