Ditipu suami, wanita 'tersadai' 12 tahun di Nepal - Utusan Malaysia

Ditipu suami, wanita ‘tersadai’ 12 tahun di Nepal

MALA Vello (baju merah) ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Nepal kira-kira 12 tahun kembali ke pangkuan keluarga hari ini.

Mala Vello, 57, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.48 pagi tadi.

Kepulangan wanita itu disambut anak perempuannya, R. Uma Sangari,  37; Ahli Dewan Negara, Datuk C. Sivaraj dan pegawai Kementerian Luar.

Mala berkata, dia berasa syukur dapat kembali ke tanah air dan bertemu keluarga selepas terpisah dalam satu tempoh yang lama.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutama yang membantu untuk membawa saya pulang ke Malaysia.

“Walaupun meringkuk di penjara selama hampir 10 tahun, harapan untuk kembali ke pangkuan keluarga tidak pernah luntur,” katanya.

Mala ke Nepal mengikut  suaminya yang merupakan rakyat negara tersebut, bagaimanapun tertipu sebaik sahaja tiba di sana.

“Saya dieksploitasi menjadi buruh paksa selain pasport dirampas. Apabila perkara ini saya  laporkan kepada pihak berkuasa, saya dipenjarakan atas kesalahan imigresen kerana tinggal melebihi tempoh dibenarkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sivaraj ketika ditemui mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan kes Mala itu seharusnya menjadi satu peringatan kepada semua.

“Mala telah menanggung penderitaan selama 12 tahun termasuk 10 tahun di penjara. Nasib menyebelahi dia kerana bertemu dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan perkara itu sampai ke pengetahuan saya serta kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN