KUALA TERENGGANU: Seorang penunggang p-hailing dipenjara tujuh hari kerana mencuri dua helai baju di sebuah pusat beli-belah, minggu lalu. Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas Aimi Shairah Ismail, 37, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Mengikut pertuduhan, Aimi Shairah didakwa telah melakukan curi dalam bangunan dua helai baju bernilai RM198 milik sebuah kedai. Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di daerah ini kira-kira pukul 12.30 tengah hari…